RSS

Inovasi Ketenteraan dalam Tamadun Islam

Inovasi Ketenteraan dalam Tamadun Islam
oleh Khairil Afiqah Mohamad Nor, Ezad Azraai Jamsari & Roziah Sidik @ Mat Sidek

Artikel ini ditulis bagi mengkaji bidang ketenteraan yang juga tidak kurang hebatnya dalam tamadun Islam.    Persenjataan Islam merupakan suatu cabang yang terdapat dalam teknologi Tamadun Islam.  Dengan adanya teknologi persenjataan yang mantap, maka mudahlah bagi sesebuah dawlah itu untuk mennangkis serangan yang menggugat keharmonian pentadbirannya juga merupakan suatu yang amat penting bagi meluaskan taklukannya.
Busur Nabi
Sumber : Google Images
Bendera Putih untuk keadaan biasa dan Bendera Hitam untuk berperang.
Sumber : Google Images

Tentera Berkuda
Sumber : Google Images


Dalam artikel ini terdapat juga yang telah dinyatakan oleh penulis mengenai alatan ketenteraan yang terdapat dalam Tamadun Islam. Antaranya ialah :
1. Trompet dan Panji-panji.
2. Persenjataan Ringan seperti Pedang dan Busur
3. Persenjataan Berat seperti Manjanik, al-Naft dan pelontar api

Pada kurun ke 13M, pasukan tentera Islam di Andalus mempunyai kelengkapan perlindungan diri yang telah mendorong industri alatan perang yang juga perlindungan diri.  Antaranya ialah baju berantai dan baju besi yang mana sesetengahnya diselaputi emas.  kuda juga dipakaikan baju besi perisai kayu yang besar tombak kapak dan panah.




























  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Blood Transfusion in History

Untuk artikel penuh sila klik di sini.


Artikel ini telah ditulis oleh Dr. Abdul Nasser Kaadan dan juga Dr. Mahmud Angrini, yang mana penulisan ini  telah menceritakan mengenai pemindahan darah yang terdapat dalam tamadun Islam.  Artikel ini mempunyai tiga bab utamanya dan pada bab yang ketiga diceritakan mengenai pemindahan darah pada zaman lampau, zaman pertengahan dan zaman moden.  Juga ditulis mengenai pemindahan darah dari manusia kepada manusia, kepada haiwan dan begitu juga sebaliknya.  Menariknya bagi saya ialah, penulis juga menceritakan mengenai kesan peperangan dalam isu pemindahan darah. 
Disini saya akan mengulas sedikit mengenai subtopik tersebut yakni kesan peperangan dalam pemindahan darah ini yang telah ditulis oleh penulis tersebut dalam halaman 35.  Semenjak tercetusnya Perang Dunia Pertama hingga ke Perang Dunia Kedua, para doktor dan saintis telah mengilhamkan suatu kemajuan dalam skala yang besar dalam penyimpanan serta penggunaan darah.  Namun demikian, peperangan bukanlah faktor utama menyebabkan pertumbuhan bidang ini, namun ianya terhasil apabila terdapat perkara yang perlu untuk menyelamatkan sebuah nyawa.  Perkembangan sains dan teknologi semakin pesat dalam bidang pemindahan darah pada abad ke 20.  Salah satu permasalahan yang dikenal pasti sebelum ini ialah proses pembekuan darah yang mana proses tersebut telah dijalankan secara langsung namun tidak boleh disimpan walaupun dalam masa yang singkat.  Pada tahun 1914, dalam masa yang hampir sama, pengkaji iaitu Albert Hustin dan Luis Agote menemui dengan menambahkan bahan natrium sitrat ke dalam darah tersebut akan mengelakkan darah menjadi beku.  Pada tahun 1915 pula, seorang saintis dari Amerika merumuskan kepekatan optimum natrium sitrat yang boleh bercampur dengan darah penderma untuk mencegah pembekuan tetapi tidak mendatangkan kemudaratan kepada penerima.  Dalam bab ini juga dinyatakan secara detail akan saintis-saintis yang membangunkan bidang pendermaan darah ini tahun demi tahun.  Pada masa Perang Dunia Kedua, terdapat kemajuan dalam alatan yang digunakan dalam pemindahan darah, pemeringkatan plasma darah dan kemajuan dalam kaedah membekukan darah.    

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Sumbangan Bidang Botani kepada Perkembangan sains dan Teknologi

sumber : Google Images


Artikel ini secara langsungnya menceritakan kehebatan bidang botani dalam tamadun Islam dan sumbangan lima orang tokoh saintis Islam dalam bidang botani ini.  Sesungguhnya tamadun Islam telah lama mengkaji bidang botani ini yang dikatakan diwarisi daripada tamadun Purba.  Para saintis Islam telah mengkaji bidang botani ini secara lebih saintifik dan ilmu ini diasingkan daripada ilmu farmakologi.  Dalam tamadun Islam juga, Andalus begitu terkenal kerana mempunyai banyak ilmu mengenai bidang botani ini atas faktor kepentingan dalam sains perubatan dan sains pertanian.  Bidang perubatan sememangnya sinonim dengan herba-herba. bagi menyembuhkan sesuatu penyakit.  Kajian yang dilakukan terhadap tumbuhan dibuat secara terperinci bagi tiap-tia tumbuhan  serta para saintis juga mencatatkan ciri-ciri alam sekitar tumbuhan pokok itu.  Penulis artikel ini juga mengatakan bahawa kemajuan bidang botani ini yang dicapai oleh tamadun Islam berada di tahap optimum dalam bidang botani berbanding pencapaian yang pernah diwarisi oleh bangsa Yunani.  Antara tokoh-tokoh saintis Islam dalam bidang botani ialah:
1.  Ahmad ibn Baytar
**Nama sebenar : Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar
**ahli botani dan farmasi yang terkenal pada kurun pertengahan (abad 16M).  
**mengunjungi beberapa buah negara seperti afrika Utara, Semenanjung Arab, Syria dan Mesopotamia untuk membuat penyelidikan tentang tumbuh-tumbuhan
**menghasilkan dua buah buku yang amat terkenal iaitu al-Mughni fi al-Adawiyah al-Mufradah dan al-Jami fi al-adawiyah al-mufradah iaitu sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang diproses daripada binatang tumbuh-tumbuhan dan bahan galian dan 200 jenis tanaman yang belum diketahui sebelumnya.  pengembaraan beliau ke sepanyol dan susur pantai benua afrika adalah semata-mata untuk membuat kajian mengenai botani.

2.  al-Jahiz
**beliau ialah abu Osman Amru b. Bahr.  
**menghasilkan 350 buah buku  dalam berbagai bidang.
**buku botaninya ialah al-Zar'u wa al-Nakhl dan al-Ma'adin.

3.  al-Ghafiqi
**berasal dari Cordova
**menghasilkan karya berupa pengkelasan kepada tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika
**memberikan nama tumbuhan tersebut dalam bahasa Arab, Latin dan Barbar. 
**Karya beliau mengenai herba perubatan iaitu Al-Adawiyah Al-Mufaradhah telah menjadi rujukan pakar-pakar lain dalam bidang tersebut.

4.  al-Dinawari
**Menghasilkan Encyclopedia Botanican terdiri daripada 6 jilid.
**Sarjana Silberberg kagum dengan beliau kerana kajian dan huraiannya lebih tepat dan mendalam bagi setiap tumbuhan yang ditemui. 

5. Ibn al-Awwam
**Karyanya mengenai ilmu tumbuh-tumbuhan merupakan khazanah botani yang terbaik pada abad pertengahan.
**Beliau telah meneynaraikan 585 jenis tumbuh-tumbuhan dan penerangan mengenai cara penanaman. 






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Early Islamic Maritime Technology

Teknologi Maritim Zaman Awal Islam
Early Islamic Maritime Technology
Ditulis oleh:  Julian Whitewright
Untuk teks penuh sila klik di sini.


        Artikel ini menjelaskan mengenai teknologi maritim yang terdapat dalam zaman awal Islam.  Pengangkutan air adalah antara item yang sukar untuk dihasilkan oleh masyarakat pada ketika itu yang mana memerlukan tahap pelaburan untuk membina dan mengekalkannya.   Penulis juga ada menyatakan bahawa kenyataan oleh Muckleroy (1978:3) bahawa kapal dan bot adalah perkara-perkara yang paling kompleks yang dibina dan digunakan oleh masyarakat pra-industri yang diungkapkan oleh ahli arkeologi maritim. Walau bagaimanapun ia adalah kenyataan dengan unsur kebenaran dalam tempoh sejarah dan pra-sejarah yang lama.  Pembinaan dan kelengkapan kapal-kapal ini sama ada untuk ketenteraan atau sebaliknya, memerlukan kepentingan dalam kos masa dan bahannya.  Timur Mediteraanean semasa zaman awal dan era awal Islam adalah satu tempoh masa di mana perubahan boleh dilihat dan dijangka pada teknologi maritim.  Artikel ini akan meneroka sejauh mana penaklukan di Tenggara Mediterranean pada abad ke 7H yang membawa kepada perubahan pesat dalam teknologi maritim dalam tempoh awal permulaan Islam.


Sumber : Google Images






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Hunayn bin Ishaq : The Great Translator

Hunayn bin Ishaq : The Great Translator
by David W.TSCHANZ
Lakaran wajah Hunayn bin Ishaq
Sumber : Google Images

Untuk artikel penuh, sila klik di sini.

      Artikel ini menceritakan menegnai keperibadian secara ringkas terhadap seorang tokoh ilmuwan Islam yang mempunyai bakat yang serba boleh iaitu Hunayn bin Ishaq penterjemah yang hebat dalam era kerajaan Abbasiyah.  Lahir dalam tahun 809 sebagai ahli kimia di al-Hirah, beliau telah berhijrah ke Baghdad untuk belajar mengenai perubatan.  Guru beliau ialah Yuhanna bin Masawayh.  Mempunyai impian serta harapan yang tinggi dalam ilmu seni pemulihan dalam erti kata lain perubatan, Hunayn meneruskan pembelajarannya mengenai ilmu perubatan Greek.  Selepas beliau menguasai bidang tersebut, beliau kemudiannya mengambil jurusan penterjemahan secara peribadi ilmu-ilmu tersebut ke dalam bahasa Arab.  Pada masa yang sama, khalifah al-Ma'mun iaitu pemerintah Abbasiyah menganjurkan polisi yang menterjemah karya-karya klasik Greek dalam bidang sains kejuruteraan, dan perubatan ke dalam bahasa Arab agar orang awam dapat mempelajari ilmu-ilmu tersebut.  Kemudian ilmuan sains tersebut telah ditempatkan di Baitul Hikmah, institusi yang menjalankan penterjemahan dalam era Abbasiyah.  Juga dinyatakan di dalam artikel ini mengenai bayaran yang diberikan kepada Hunayn berupa emas mengikut beratnya sesuatu terjemahan.  Menurut penulis, adalah menjadi suatu kesilapan sekiranya memikirkan bahawa Hunayn adalah penterjemah yang biasa dan tidak mendatangkan apa-apa hasil terjemahan.  Sebagai seorang penulis yang produktif, Hunayn telah menulis sebanyak 29 buah karya asli dalam pelbagai bab perubatan dan juga menyediakan indeks yang bernilai hasil tulisan Galen dan boleh didapati dalam bahasa Arab dan Syria.  Kitabnya iaitu Al-Masa'il fi at-Tibb (pengenalan kepada seni perubatan).  Dalam artikel ini juga dinyatakan kisah secara ringkas mengenai Hunayn yang telah diuji oleh khalifah al-Mutawakil.  Khalifah tersebut telah berjaya diubati oleh Hunayn dengan menggunakan kebijaksanaannya dalam bidang perubatan, dengan itu Khalifah telah menguji beliau dengan memberikan ganjaran emas yang berlipat kali ganda dengan syarat beliau mestilah membuat sejenis racun yang amat berbisa untuknya.  Namun demikian, Hunayn telah menolak dengan cara yang terbaik namun beliau tidak mengetahui bahawa khalifah tersebut cuma ingin mengujinya sahaja.  Hunayn meninggal dunia di Baghdad pada 873 ketika berumur 64 tahun.  Beliau bukan sahaja meninggalkan legasi yang kaya dengan terjemahan dan kerja-kerja asal, tetapi kehidupan teladan beliau membantu menubuhkan piawaian etika tingkah laku untuk profesion yang wujud hingga ke hari ini.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Inovasi Tamadun Islam dalam Bidang Matematik


Inovasi Tamadun Islam dalam bidang matematik
Ditulis oleh Siti Asiah Mat Junoh, Ismail Bakar & Roziah Sidik @Mat Sidek


Sumber : Google Images
Artikel ini telah dimuatkan dalam sebuah Prosiding Simposium Isu-isu Sejarah dan Tamadun Islam (SISTI 2011).  Pada bahagian pengenalan penulisan ini, penulis telah memberikan definisi kepada bidang matematik seperti yang dinyatakan oleh Carl B.Boyer (2007:1) dalam bukunya yang telah diterjemahkan oleh Institut Terjemahan negara malaysia berhad iaitu Sejarah MAtematik , beliau mendefinisikan “Matematik Islam” sebagai matematik yang dikembangkan oleh ahli matematik dari budaya Islam dari bermulanya Islam hingga abad ke-17.  Ahli Matematik yang terlibat ini merentas bangsa dan agama.  Ini kerana mereka terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu bangsa arab dan bangs aparsi serta beragama islam dan juga bukan islam.  Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu cabang yang melibatkan sitem nombor, kuantiti dan ruang yang digunakan dalam proses pengiraan ataupun hasil perkembangan pemikiran yang asalnya berpusat pada konsep nombor,  magnitud dan bentuk. 
Al-Khawarizmi
Sumber: Google Images

Sebelum kedatangan Islam juga telah wujud sitem matematik ini seperti dalam tamadun mesir, yunani, dan lain-lain lagi.  Apabila zaman semakin berkembang pesat sehinggalah ke zaman perkembangan Islam yang kemudiannya melahirkan tokoh ulama yang mahir dalam pelbagai bidang ilmu yang sangat hebat dan menghasilkan pelbagai inovasi dalam pelbagai bidang dan antaranya ialah bidang matematik.  Bahagian pertama dalam penulisan ini, penulis menyatakan bahawa sebelum bermulanya penggunaan sistem nombor, dipercayai bahawa tamadun purbakala telah pun dapat membezakan bilangan benda yang lain melalui cara padanan sesuatu unsur.  Namun cara ini telah merumitkan kerana kerana tiada suatu nombor yang tetap dan bersistem yang boleh diikuti dan dijadikan panduan.  
Menariknya, dalam artikel ini juga dinyatakan bahawa terdapat perselisihan pendapat mengenai kelahiran serta kewujudan sistem nombor ini.  Pihak Barat mengatakan bahawa al-Khawarizmi telah mengambil seratus peratus dari tamadun India.  namun demikian al-Khawarizmi juga telah memperkenalkan angka sifar kepada dunia.  kepintaran yang dimiliki oleh al-Khawarizmi tidak dapat disangkal oleh barat dan merupakan suatu penemuan yang bersejarah di dunia.  

Dalam tulisan ini juga, penulis telah memuatkan bahagian-bahagian yang terdapat dalam bidang Matematik Islam.  
Aritmetik
Sumber: Google Images
Pertamanya ialah Aritmetik.  Sejarawan percaya bahawa ilmu kira-kira ini telah muncul sebelum lahirnya bahasa bertulis.  Sebelum Tamadun Islam memantapkan lagi bidang ini, Tamadun Yunani adalah satu-satunya tamadun yang memperkenalkan aritmerik namun tidak dapat berkembang kerana angka yang digunakan pada waktu ini kurang baik dan tidak sesuai.  Namun, tidak pula dinyatakan akan sebab ketidaksesuaian angka pada waktu tersebut oleh penulis.  
Bidang yang kedua dalam ilmu Matematik ini pula ialah Aljebra. 

Aljebra
Sumber: Google Images
                                                                              Ia merupakan satu cabang matematik analisis berdasarkan kuantiti dengan menggunakan huruf sebagai simbol.  Aspek-aspek yang disumbangkan oleh tamadun Islam ialah berkaitan dengan persoalan punca dua, persamaan linear, kuadratik dan banyak lagi.  Bahagian yang ketiga pula ialah Trigonometri.  Trigonometri lahir kerana masalah yang muncul dalam bidang arkitek dan astronomi pada zaman Yunani kuno dan India kuno, serta umat Islam telah memberikan suatu nafas baru dalam perkembangan bidang Trigonometri ini.  teori yang telah diperkenalkan oleh sarjana muslim al-Khawarizmi ialah teori jibb (sinus), tajib (kosinus), dhill (kotangen), dan tadhill (tangen).  beliau juga telah mencipta sifir-sifir fungsi trigonometri yang digunakan sehingga ke hari ini.  

Trigonometri
Sumber : Google Images











Bidang yang seterusnya pula ialah Geometri.  

Sumber: Google Images
Geometri ialah ilmu yangdikaji berkaitan dengan magnitud dan sifat-sifat ruang.  Dinyatakan juga bahawa ilmu ini telah wujud sejak zaman tamadun purba lagi.  Sumbangan yang diberikan yang penting dalam memperkembangkan lagi bidang geometri dengan melakukan usaha terjemahan terhadap karya-karya Yunani ke bahasa Arab.  

Tokoh-tokoh dari Tamadun Islam dalam bidang Matematik: 

1. al-Khawarizmi 
2. Ibn Bajjah
3. Ibn al-Nafis
4. Ibn al-Haitham
5. al-Mas'udi
6. Ibn Yunus 
7. al-Kindi 
8. al-Karkhi
9. al-Buzjazi
10. al-Battani dan ramai lagi... 

Ternyata pengaruh umat Islam sangat besar dan cukup bermakna dalam bidang matematik ini.  













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments1

PENGIKUT