RSS

الطبيب الأندلسي أبو القاسم الزهراوي أشهر جراحي القرون الوسطى

 Teks asal berbahasa Arab : di sini.

Abu al-Qasim az-Zahrawi : Doktor Bedah yang Terkenal di Andalus Pada Kurun Pertengahan.


Artikel ini  telah ditulis oleh Dr. Abdul Nasser Ka'adan (الدكتور عبد الناصر كعدان)  dan dibahagikan kepada empat bahagian subtopic.  Ia menceritakan mengenai az-Zahrawi dari segi kehidupannya, kerjaya, kedudukannya sebagai doktor bedah, penulisan dan sumbangan beliau dalam bidang pembedahan.  Nama sebenar beliau ialah Khalaf  bin Abbas Abu al-Qasim al-Zahrawi.  Kebanyakan pengkaji mengandaikan bahawa beliau dilahirkan pada tahun penubuhan Madinah al-Zahra (325H/936 M) atau sejurus selepas itu.  Juga tiada maklumat mengenai ayah Zahrawi dan dikatakan juga orang yang mempunyai pengaruh terhadap kerajaan.  Sesetengah buku juga menulis mengenai Az-Zahrawi yang mengatakan bahawa nenek moyang beliau sebenarnya berasal dari Madinah dan berketurunan Ansar.  Menurut Brockelmann, Az-Zahrawi sebenarnya hidup dan menjalani kerjayanya di Cordova, namun menurut seperti yang dicatatkan oleh oleh az-Zahrawi dalam bukunya yang menunjukkan bahawaAbu Qasim mengambil kira Zahra merupakan tempat keutamaannya dan Zahra pada waktu itu terlatak di pinggir kota Cordova. 

Dalam artikel ini juga, dinyatakan bahawa Az-Zahrawi pernah berkhidmat dengan Khalifah Abdul Rahman III dan beliau dikenali ramai dalam era kerajaan Muntasir.  Namun demikian, tiada maklumat yang jelas pada masa itu yang mengatakan bahawa Az-Zahrawi ketika itu seorang pakar bedah, dan sesetengah pendapat mengatakan bahawa beliau hanya seorang doktor yang berkhidmat dalam istana Khalifah Abdul Rahman III dan sesetengah lagi percaya bahawa beliau bekerja dalam kerajaan Muntasir dan pendapat ketiga menyatakan beliau bekerja bagi kedua-dua khalifah tersebut. Doktor dari Perancis iaitu Lucein Leclerc menyatakan bahawa kedudukan zahrawi dalam bidang perubatan merupakan yang tertinggi yang telah menjadi rujukan kepada kebanyakan doctor dalam zaman pertengahan. 

Az-Zahrawi telah mengarang buku yang amat popular dalam  kalangan para saintis dan doktor bedah terutamanya, iaitu buku Al-Tasrif Li Man ‘Ajiza ‘An Al-Ta’lif.  Karya beliau ini mengandungi 30 makalah yang memuatkan pelbagai maklumat mengenai perubatan.  Makalah yang ke-30 telah diterjemah oleh Gerard ke dalam bahasa Latin pada abad ke 12M.  Melalui terjemahan ini Zahrawi kemudiannya lebih dikenali dan menjadi doktor bedah di barat yang terbaik dalam zaman pertengahan.  Penulis juga menceritakan banyak mengenai terjemahan yang dilakukan oleh saintis kemudiannya mengenai buku Zahrawi ini.  Bahagian terakhir artikel ini pula menceritakan mengenai pencapaian yang dicapai oleh Zahrawi menghasilkan alat-alat operasi pembedahan, cara-cara pembedahan dan banyak lagi.  Al Zahrāwī    ternyata  memberi  sumbangan  yang  besar  kepada pembangunan  masyarakat,  walaupun  sumbangannya  itu  lebih  jelas kelihatan menerusi  karyanya kitab al-Tasrif.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

PENGIKUT