RSS

Perkembangan Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam


Tajuk : Kegemilangan Sains Dan Teknologi Dalam Tamadun Islam:Mengambil Iktibar Pengalaman Kerajaan Abbasiyyah 
Ditulis oleh Dr. Roziah binti Sidik @ Mat Sidek, Farid Mat Zain, 
Izziah Suryani & Ezad Azraai Jamsari 
dalam 

ISLAM:
  PAST, PRESENT AND FUTURE

INTERNATIONAL SEMINAR ON
ISLAMIC THOUGHTS 
PROCEEDINGS 
7-9 December 2004

Salam Mahabbah kepada semua pembaca.. untuk kali ini pula… nak bagi ulasan mengenai artikel yang telah ditulis oleh tenaga pengajar a.k.a SIFU saya sendiri di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam.. Universiti Kebangsaan Malaysia…dalam PROSIDING : ISLAM:PAST, PRESENT AND FUTURE.  Artikel ke 23 muka surat 211. :)

Untuk artikel penuh sila klik di sini.

Ulasan saya.
Artikel ini berkisar sepenuhnya mengenai faktor-faktor kegemilangan sains dan teknologi pada zaman Abbasiyyah.  Kerajaan Abbasiyyah pula terkenal sebagai The Golden Age Of Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rashid dan anaknya Al-Makmun. Dalam artikel ini penulis telah memuatkan  7 faktor yang menjadikan sains dan teknologi dalam kerajaan Abbasiyyah gemilang. Faktor-faktor inilah yang telah menjadikan sains dan teknologi pada zaman tersebut mencapai tahap kegemilangannya dan banyak karya –karya asli dihasilkan oleh tokoh-tokoh yang berwibawa. Antaranya ialah:

1. Peranan yang dimainkan oleh Khalifah

Khalifah Abbasiyyah telah menampakkan kecenderungan kepada bidang sains dan teknologi. Contohnya khalifah ke 2 Abbasiyyah iaitu Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur (136-158H/754-775M) telah mengambil inisiatif untuk menjadikan seorang saintis ahli astronomi iaitu al-Nawbakht untuk berkhidmat di istananya. Penubuhan institusi Khizanat al-Hikmat oleh Khalifah Harun Al-Rashid yang berfungsi sebagai pusat aktiviti ilmiah serta penyelidikan juga jelas menunjukkan peranan yang telah diambil oleh khalifah. Anaknya khalifah Al-Ma’mun memainkan peranan tersendiri dengan mengadakan hubungan dengan negara luar untuk mendapatkan buku-buku untuk diterjemahkan dan diguna pakai saintis dan rakyat di negaranya.

2. Orang Perseorangan

Keluarga Banu Musa dan keluarga Barmaki adalah contoh inisiatif orang perseorangan dalam memajukan bidang sains dan teknologi zaman Abbasiyyah. Mereka memberi ganjaran kepada para sarjana seperti Hunayn bin Ishaq, Thabit bin Qurrah dan ramai lagi.

3. Hubungan dengan Negara Luar

Hubungan dengan Byzantium telah membuahkan hasil apabila khazanah ilmu yang diwarisi sekian lama oleh tamadun Greek apabila khalifah Al-Ma’mun mempunyai hubungan dengan maharaja Byzantium. Beliau menghantar rombongan sarjana untuk menterjemah ilmu-ilmu dari Byzantium. Hubungan dengan china juga dilihat telah membantu menggilapkan lagi kegemilangan sains dan teknologi zaman Abbasiyyah apabila orang Islam menemui cara membuat kertas.

4. Polisi Kerajaan

Kerajaan Abbasiyyah juga memperkenalkan beberapa polisi sains yang jelas seperti kegiatan penterjemahan, penubuhan akademi, observatori ataupun dikenali sebagai balai cerap, perpustakaan, serta naungan kepada saintis.

5. Bahasa Arab

Kebanyakan buku-buku diterjemahkan ke dalam bahasa Greek yang menyebabkan orang awam dalam tamadun Hellenstik tidak dapat memahami dengan jelas kerana bahasa percakapan harian mereka ialah Aramaic dan Coptic. Dengan itu, kerajaan Abbasiyyah cukup mengambil panduan tersebut agar ilmu-ilmu dapat dikongsi kepada seluruh rakyat jelata dengan menterjemah buku-buku dan ilmu-ilmu ke dalam Bahasa Arab. Dengan itu, perkembangan sains dan teknologi dapat dihayati dan dipelajari bersama.

6. Dana kepada sainstis

Sainstis pada zaman kegemilangan Abbasiyyah telah mendapat naungan istimewa untuk mereka menggiatkan lagi penyelidikan serta terjemahan dengan member gaji yang lumayan, pencen, tempat tinggal serta bilik untuk kajian saintifik.

7. Kemudahan buat pelajar

Kerajaan Abbasiyyah juga menyediakan kemudahan untuk para pelajar sehinggakan ada yang member sagu hati kepada para pelajar yang menelah kitab-kitab di perpustakaannya. Kuliah percuma juga disediakan kepada para pelajar dan dengan itu para pelajar tidak perlu lagi untuk risau akan masalah kewangan untuk terus mendapatkan ilmu.


Artikel ini juga memuatkan beberapa iktibar yang harus diambil oleh kerajaan Malaysia dalam usaha memajukan bidang sains dan teknologi. Antaranya ialah :

  • Mendekati golongan saintis dan teknologis seperti mana yang telah dilakukan oleh pemerintah pada zaman kerajaan Abbasiyyah.
  • Kerajaan juga perlu mengambil inisiatif memasyarakatkan bidang sains dan teknologi dengan menerusi bahasa. Pengkajian sains dan teknologi serta penyelidikan perlulah dilakukan dalam bahasa Malaysia kerana ini akan memudahkan rakyat menguasai dengan lebih mudah akan sesuatu bidang lebih-lebih lagi bidang sains.
  • Sememangnya Malaysia telah menubuhkan institusi Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) namun fungsinya harus diperkemas lagi.
Sememangnya usaha yang kerajaan Malaysia lakukan dalam bidang sains dan teknologi perlu dipuji namun masih banyak lagi perlu sama-sama kita perbaiki dan telusuri lantaran rakyat Malaysia masih lagi ramai yang kurang peka dalam hal ini.  

Untuk pengetahuan para pembaca yang budiman, pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha untuk mencerminkan penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun 2004, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi atau dalam bahasa Inggerisnya ialah Ministry of Science Technology and Innovation (MOSTI).  Pada tahun 2007, fungsi sains dan teknologi dipecahkan mengikut kluster Bioteknologi, ICT, Industri, Angkasa, Laut dan Atmosfera dan Teras Sains dan Teknologi.




Sumber : 
1. http://alambuku.tripod.com/pdf/ISoITCD%20XP.pdf
2. http://www.mosti.gov.my/
3.  http://abbasidbaghdad.wordpress.com/history/







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Sekapur Sirih... Seulas Durian... dan Sebuku Sabun.. :)

Asalamualaikum w.b.h..... 
Buat pencinta Sejarah dan Tamadun Islam...
Alhamdulillah..syukur buat Tuhan Yang Maha Esa kerana masih lagi dipanjangkan nikmat umur untuk terus mengorak langkah menggalas sebuah impian yang akan dihadiahkan buat ibu bapa yang tercinta.....

Blog ini diwujudkan khas buat subjek Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam... jadi bermulalah pencarian mengenai maklumat-maklumat mengenai Sains dan Teknologi yang terdapat dalam kegemilangan Tamadun Islam.... seterusnya dijadikan iktibar buat kita dan generasi akan datang.... Selamat meneroka buat diri saya sendiri.... dan sahabat perjuangan yang lain....dan para pembaca blog ini yang mana blog ini masih lagi banyak kekurangannya.... tidak dilupakan juga ucapan ribuan terima kasih buat Dr. Roziah ( bukan saye ye.. tp insyaALLAH ..bakal...hehee...:)) di atas pertolongan serta ilmu yang dicurahkan....


Sumber: Google Images
Apapun.... subjek Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam MESTI dapat A!!! InsyaALLAH... :) subjek-subjek lain jugak.... ehhehe... :)

Sumber : Google Images
Selamat meneroka.....








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments1

PENGIKUT