RSS

Hunayn bin Ishaq : The Great Translator

Hunayn bin Ishaq : The Great Translator
by David W.TSCHANZ
Lakaran wajah Hunayn bin Ishaq
Sumber : Google Images

Untuk artikel penuh, sila klik di sini.

      Artikel ini menceritakan menegnai keperibadian secara ringkas terhadap seorang tokoh ilmuwan Islam yang mempunyai bakat yang serba boleh iaitu Hunayn bin Ishaq penterjemah yang hebat dalam era kerajaan Abbasiyah.  Lahir dalam tahun 809 sebagai ahli kimia di al-Hirah, beliau telah berhijrah ke Baghdad untuk belajar mengenai perubatan.  Guru beliau ialah Yuhanna bin Masawayh.  Mempunyai impian serta harapan yang tinggi dalam ilmu seni pemulihan dalam erti kata lain perubatan, Hunayn meneruskan pembelajarannya mengenai ilmu perubatan Greek.  Selepas beliau menguasai bidang tersebut, beliau kemudiannya mengambil jurusan penterjemahan secara peribadi ilmu-ilmu tersebut ke dalam bahasa Arab.  Pada masa yang sama, khalifah al-Ma'mun iaitu pemerintah Abbasiyah menganjurkan polisi yang menterjemah karya-karya klasik Greek dalam bidang sains kejuruteraan, dan perubatan ke dalam bahasa Arab agar orang awam dapat mempelajari ilmu-ilmu tersebut.  Kemudian ilmuan sains tersebut telah ditempatkan di Baitul Hikmah, institusi yang menjalankan penterjemahan dalam era Abbasiyah.  Juga dinyatakan di dalam artikel ini mengenai bayaran yang diberikan kepada Hunayn berupa emas mengikut beratnya sesuatu terjemahan.  Menurut penulis, adalah menjadi suatu kesilapan sekiranya memikirkan bahawa Hunayn adalah penterjemah yang biasa dan tidak mendatangkan apa-apa hasil terjemahan.  Sebagai seorang penulis yang produktif, Hunayn telah menulis sebanyak 29 buah karya asli dalam pelbagai bab perubatan dan juga menyediakan indeks yang bernilai hasil tulisan Galen dan boleh didapati dalam bahasa Arab dan Syria.  Kitabnya iaitu Al-Masa'il fi at-Tibb (pengenalan kepada seni perubatan).  Dalam artikel ini juga dinyatakan kisah secara ringkas mengenai Hunayn yang telah diuji oleh khalifah al-Mutawakil.  Khalifah tersebut telah berjaya diubati oleh Hunayn dengan menggunakan kebijaksanaannya dalam bidang perubatan, dengan itu Khalifah telah menguji beliau dengan memberikan ganjaran emas yang berlipat kali ganda dengan syarat beliau mestilah membuat sejenis racun yang amat berbisa untuknya.  Namun demikian, Hunayn telah menolak dengan cara yang terbaik namun beliau tidak mengetahui bahawa khalifah tersebut cuma ingin mengujinya sahaja.  Hunayn meninggal dunia di Baghdad pada 873 ketika berumur 64 tahun.  Beliau bukan sahaja meninggalkan legasi yang kaya dengan terjemahan dan kerja-kerja asal, tetapi kehidupan teladan beliau membantu menubuhkan piawaian etika tingkah laku untuk profesion yang wujud hingga ke hari ini.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

PENGIKUT