RSS

Inovasi Tamadun Islam dalam Bidang Kimia




Inovasi Tamadun Islam dalam Bidang Kimia
Oleh
Roziah Sidik @ Mat Sidek, Surayairwani Shamsuddin & Ezad Azraai Jamsari


Artikel ini membincangkan mengenai bidang kimia yang terdapat dalam tamadun Islam.  Bidang kimia telah melalui peringkat sebelum tamadun Islam bermula lagi iaitu seperti mana yang kita ketahui kebolehan manusia dalam tamadun awal seperti tamadun Mesir, tamadun China sebelum ianya diwariskan kepada tamadun Islam.   Pembentukannya dalam dunia Islam bermula pada abad ke-7 dan ke-8M.  Ilmu kimia sangat banyak menyumbangkan sesuatu alat atau ciptaan kepada tamadun Islam.  Antara contoh yang paling dekat dengan kita ialah aspek teknologi kimia yang banyak kita gunakan dalam kehidupan harian.  Perkembangan lain kimia seperti dalam bidang perindustrian, perusahaan, penyulingan dan sebagainya.  Ramai tokoh-tokoh kimia yang berjaya memajukan bidang kimia Islam antaranya ialah Jabir Ibn Hayyan al-Kufi, Khalid ibn Yazid, Muhammad Abu Bakar al-Razi dan ramai lagi.  



Kajian mengenai ilmu kimia merupakan sumbangan penting yang diwarisi daripada
cendekiawan Muslim bagi tamadun moden. Cendekiawan serta ahli sejarah Barat juga mengikuti asas ilmu kimia moden diambil daripada ahli kimia Muslim.

Justeru gelaran Bapa Kimia Moden telah diberikan kepada ahli kimia Muslim Jabir Ibnu Hayyan. Jabir Ibnu Hayyan atau nama penuhnya Abu Musa Ibn Hayyan Al-Azdi lebih dikenali sebagai Geber di dunia Barat.

Jabir dikatakan belajar di bawah seliaan Imam Jaafar Sadiq dan putera Umayed iaitu Khalid Ibn Yazid. Sebelum itu beliau menuntut ilmu dalam bidang perubatan di bawah naungan Barmaki Vizir semasa zaman Khalifah Abbasyiah Harun al-Rashid.

Jabir Ibn Hayyan yang lahir pada 721 Masehi di Tus, Iran dan meninggal dunia dalam tahanan rumah di Kufah, Iraq pada 815 Masehi.











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

PENGIKUT