Inovasi
tamadun Islam dalam Astronomi
Khairunnisa
Ahmad Nordin, Roziah Sidik @Mat Sidek & Ibnor Azli Ibrahim
Astronomi
merupakan pengkajian mengenai alam semesta dan keseluruhan isinya seperti
planet, bulan, komet, bintang dan galaksi.
Menerusi artikel ini, penulis telah membincangkan mengenai apa itu
astronomi, permulaannya dalam tamadun Islam, pelopornya dalam tamadun Islam,
alat-alat yang dicipta dan sebagainya.
Tokoh-tokoh seperti Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ibrahim al-Fazari, Ahmad
al-Nawahandi, Fadl ibn al-Naubakht dan ramai lagi sebenarnya tokoh Islam yang
mempelopori bidang astronomi ini.
Galakan dari pemerintah pada ketika itu juga antara faktor lahirnya
tokoh-tokoh hebat ini serta ciptaan alatan yang mengkagumkan. Tidak lupa juga kepada penterjemah yang hebat
iaitu Hunayn bin Ishaq dan Thabit bin Qurrah yang juga banyak memberi
sumbangannya dalam menterjemah hasil karya contohnya karya ‘Batlamus’ (Ptolemy) dan karya almajesti.
Antara alat ciptaan yang terkenal ialah observatory atau balai cerap
dan astrolab. Contohnya di Baghdad yang
dibina oleh Khalifah al-Ma’mun yang digelar “Shamasiyah/Shammasiyya’. Menariknya juga, artikel ini membincangkan
secara khusus dalam satu topic iaitu mengenai Observatori Maraghah yang dibawah
seliaan Abu Jaafar Muhammad ibn Hassan al-Din al-Tusi. Balai cerap itu dijadikan perpustakaan dan
bengkel menyimpan dan membaiki instrumen astronomi juga menariknya terdapat
seorang pekerja dari China yang bernama Faun Mun Ji bersama 20 pekerja yang
lain. Banyak institusi lain ditubuhkan
selepas Maraghah kerana telah lama mempunyai hubungan kemajuan dengan sebelah
barat seperti Toledo.
0 comments:
Post a Comment