Inovasi Tamadun Islam
dalam bidang matematik
Ditulis oleh Siti
Asiah Mat Junoh, Ismail Bakar & Roziah Sidik @Mat Sidek
Sumber : Google Images |
Artikel ini telah
dimuatkan dalam sebuah Prosiding Simposium Isu-isu Sejarah dan Tamadun Islam
(SISTI 2011). Pada bahagian pengenalan penulisan
ini, penulis telah memberikan definisi kepada bidang matematik seperti yang
dinyatakan oleh Carl B.Boyer (2007:1) dalam bukunya yang telah diterjemahkan
oleh Institut Terjemahan negara malaysia berhad iaitu Sejarah MAtematik
, beliau mendefinisikan “Matematik Islam” sebagai matematik yang dikembangkan
oleh ahli matematik dari budaya Islam dari bermulanya Islam hingga abad
ke-17. Ahli Matematik yang terlibat ini
merentas bangsa dan agama. Ini kerana
mereka terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu bangsa arab dan bangs aparsi
serta beragama islam dan juga bukan islam.
Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu cabang yang melibatkan sitem
nombor, kuantiti dan ruang yang digunakan dalam proses pengiraan ataupun hasil
perkembangan pemikiran yang asalnya berpusat pada konsep nombor, magnitud dan bentuk.
Al-Khawarizmi Sumber: Google Images |
Sebelum kedatangan
Islam juga telah wujud sitem matematik ini seperti dalam tamadun mesir, yunani,
dan lain-lain lagi. Apabila zaman
semakin berkembang pesat sehinggalah ke zaman perkembangan Islam yang
kemudiannya melahirkan tokoh ulama yang mahir dalam pelbagai bidang ilmu yang
sangat hebat dan menghasilkan pelbagai inovasi dalam pelbagai bidang dan
antaranya ialah bidang matematik. Bahagian
pertama dalam penulisan ini, penulis menyatakan bahawa sebelum bermulanya
penggunaan sistem nombor, dipercayai bahawa tamadun purbakala telah pun dapat
membezakan bilangan benda yang lain melalui cara padanan sesuatu unsur. Namun cara ini telah merumitkan kerana kerana tiada suatu nombor yang tetap dan bersistem yang boleh diikuti dan dijadikan panduan.
Menariknya, dalam artikel ini juga dinyatakan bahawa terdapat perselisihan pendapat mengenai kelahiran serta kewujudan sistem nombor ini. Pihak Barat mengatakan bahawa al-Khawarizmi telah mengambil seratus peratus dari tamadun India. namun demikian al-Khawarizmi juga telah memperkenalkan angka sifar kepada dunia. kepintaran yang dimiliki oleh al-Khawarizmi tidak dapat disangkal oleh barat dan merupakan suatu penemuan yang bersejarah di dunia.
Dalam tulisan ini juga, penulis telah memuatkan bahagian-bahagian yang terdapat dalam bidang Matematik Islam.
Aritmetik Sumber: Google Images |
Pertamanya ialah Aritmetik. Sejarawan percaya bahawa ilmu kira-kira ini telah muncul sebelum lahirnya bahasa bertulis. Sebelum Tamadun Islam memantapkan lagi bidang ini, Tamadun Yunani adalah satu-satunya tamadun yang memperkenalkan aritmerik namun tidak dapat berkembang kerana angka yang digunakan pada waktu ini kurang baik dan tidak sesuai. Namun, tidak pula dinyatakan akan sebab ketidaksesuaian angka pada waktu tersebut oleh penulis.
Bidang yang kedua dalam ilmu Matematik ini pula ialah Aljebra.
Aljebra Sumber: Google Images |
Ia merupakan satu cabang matematik analisis berdasarkan kuantiti dengan menggunakan huruf sebagai simbol. Aspek-aspek yang disumbangkan oleh tamadun Islam ialah berkaitan dengan persoalan punca dua, persamaan linear, kuadratik dan banyak lagi. Bahagian yang ketiga pula ialah Trigonometri. Trigonometri lahir kerana masalah yang muncul dalam bidang arkitek dan astronomi pada zaman Yunani kuno dan India kuno, serta umat Islam telah memberikan suatu nafas baru dalam perkembangan bidang Trigonometri ini. teori yang telah diperkenalkan oleh sarjana muslim al-Khawarizmi ialah teori jibb (sinus), tajib (kosinus), dhill (kotangen), dan tadhill (tangen). beliau juga telah mencipta sifir-sifir fungsi trigonometri yang digunakan sehingga ke hari ini.
Trigonometri Sumber : Google Images |
Bidang yang seterusnya pula ialah Geometri.
Sumber: Google Images |
Geometri ialah ilmu yangdikaji berkaitan dengan magnitud dan sifat-sifat ruang. Dinyatakan juga bahawa ilmu ini telah wujud sejak zaman tamadun purba lagi. Sumbangan yang diberikan yang penting dalam memperkembangkan lagi bidang geometri dengan melakukan usaha terjemahan terhadap karya-karya Yunani ke bahasa Arab.
Tokoh-tokoh dari Tamadun Islam dalam bidang Matematik:
1. al-Khawarizmi
2. Ibn Bajjah
3. Ibn al-Nafis
4. Ibn al-Haitham
5. al-Mas'udi
6. Ibn Yunus
7. al-Kindi
8. al-Karkhi
9. al-Buzjazi
10. al-Battani dan ramai lagi...
Ternyata pengaruh umat Islam sangat besar dan cukup bermakna dalam bidang matematik ini.
Tokoh-tokoh dari Tamadun Islam dalam bidang Matematik:
1. al-Khawarizmi
2. Ibn Bajjah
3. Ibn al-Nafis
4. Ibn al-Haitham
5. al-Mas'udi
6. Ibn Yunus
7. al-Kindi
8. al-Karkhi
9. al-Buzjazi
10. al-Battani dan ramai lagi...
Ternyata pengaruh umat Islam sangat besar dan cukup bermakna dalam bidang matematik ini.
1 comments:
assalamualaikum.. saya soft copy jurnal ni.. masih ada?
Post a Comment