Untuk artikel penuh sila klik di sini.
Artikel ini telah ditulis oleh Dr. Abdul Nasser Kaadan
dan juga Dr. Mahmud Angrini, yang mana penulisan ini telah menceritakan mengenai pemindahan darah
yang terdapat dalam tamadun Islam.
Artikel ini mempunyai tiga bab utamanya dan pada bab yang ketiga
diceritakan mengenai pemindahan darah pada zaman lampau, zaman pertengahan dan
zaman moden. Juga ditulis mengenai
pemindahan darah dari manusia kepada manusia, kepada haiwan dan begitu juga
sebaliknya. Menariknya bagi saya ialah,
penulis juga menceritakan mengenai kesan peperangan dalam isu pemindahan darah.
Disini saya akan mengulas sedikit mengenai subtopik
tersebut yakni kesan peperangan dalam pemindahan darah ini yang telah ditulis
oleh penulis tersebut dalam halaman 35. Semenjak
tercetusnya Perang Dunia Pertama hingga ke Perang Dunia Kedua, para doktor dan
saintis telah mengilhamkan suatu kemajuan dalam skala yang besar dalam
penyimpanan serta penggunaan darah.
Namun demikian, peperangan bukanlah faktor utama menyebabkan pertumbuhan
bidang ini, namun ianya terhasil apabila terdapat perkara yang perlu untuk
menyelamatkan sebuah nyawa. Perkembangan
sains dan teknologi semakin pesat dalam bidang pemindahan darah pada abad ke
20. Salah satu permasalahan yang dikenal
pasti sebelum ini ialah proses pembekuan darah yang mana proses tersebut telah
dijalankan secara langsung namun tidak boleh disimpan walaupun dalam masa yang
singkat. Pada tahun 1914, dalam masa
yang hampir sama, pengkaji iaitu Albert Hustin dan Luis Agote menemui dengan
menambahkan bahan natrium sitrat ke dalam darah tersebut akan mengelakkan darah
menjadi beku. Pada tahun 1915 pula,
seorang saintis dari Amerika merumuskan kepekatan optimum natrium sitrat yang
boleh bercampur dengan darah penderma untuk mencegah pembekuan tetapi tidak
mendatangkan kemudaratan kepada penerima.
Dalam bab ini juga dinyatakan secara detail akan saintis-saintis yang
membangunkan bidang pendermaan darah ini tahun demi tahun. Pada masa Perang Dunia Kedua, terdapat
kemajuan dalam alatan yang digunakan dalam pemindahan darah, pemeringkatan
plasma darah dan kemajuan dalam kaedah membekukan darah.
0 comments:
Post a Comment