Teks asal berbahasa Arab : di sini.
Abu al-Qasim az-Zahrawi : Doktor Bedah yang Terkenal di Andalus Pada Kurun Pertengahan.
Artikel ini telah ditulis oleh Dr. Abdul Nasser Ka'adan (الدكتور عبد الناصر كعدان) dan
dibahagikan kepada empat bahagian subtopic.
Ia menceritakan mengenai az-Zahrawi dari segi kehidupannya, kerjaya,
kedudukannya sebagai doktor bedah, penulisan dan sumbangan beliau dalam bidang
pembedahan. Nama sebenar beliau ialah Khalaf
bin Abbas Abu al-Qasim al-Zahrawi. Kebanyakan pengkaji mengandaikan
bahawa beliau dilahirkan pada tahun penubuhan Madinah al-Zahra (325H/936 M)
atau sejurus selepas itu. Juga tiada maklumat mengenai ayah Zahrawi dan
dikatakan juga orang yang mempunyai pengaruh terhadap kerajaan.
Sesetengah buku juga menulis mengenai Az-Zahrawi yang mengatakan bahawa nenek
moyang beliau sebenarnya berasal dari Madinah dan berketurunan Ansar.
Menurut Brockelmann, Az-Zahrawi sebenarnya hidup
dan menjalani kerjayanya di Cordova, namun menurut seperti yang dicatatkan
oleh oleh az-Zahrawi dalam bukunya yang menunjukkan bahawaAbu Qasim
mengambil kira Zahra merupakan tempat keutamaannya dan Zahra pada waktu itu
terlatak di pinggir kota Cordova.
Dalam
artikel ini juga, dinyatakan bahawa Az-Zahrawi pernah berkhidmat dengan
Khalifah Abdul Rahman III dan beliau dikenali ramai dalam era kerajaan
Muntasir. Namun demikian, tiada maklumat yang jelas pada masa itu yang
mengatakan bahawa Az-Zahrawi ketika itu seorang pakar bedah, dan sesetengah
pendapat mengatakan bahawa beliau hanya seorang doktor yang berkhidmat dalam
istana Khalifah Abdul Rahman III dan sesetengah lagi percaya bahawa beliau
bekerja dalam kerajaan Muntasir dan pendapat ketiga menyatakan beliau bekerja
bagi kedua-dua khalifah tersebut. Doktor dari Perancis iaitu Lucein Leclerc
menyatakan bahawa kedudukan zahrawi dalam bidang perubatan merupakan yang
tertinggi yang telah menjadi rujukan kepada kebanyakan doctor dalam zaman
pertengahan.
Az-Zahrawi telah mengarang buku yang amat
popular dalam kalangan para saintis dan
doktor bedah terutamanya, iaitu buku Al-Tasrif Li Man ‘Ajiza ‘An Al-Ta’lif. Karya beliau ini mengandungi 30 makalah yang
memuatkan pelbagai maklumat mengenai perubatan.
Makalah yang ke-30 telah diterjemah oleh Gerard ke dalam bahasa Latin
pada abad ke 12M. Melalui terjemahan ini
Zahrawi kemudiannya lebih dikenali dan menjadi doktor bedah di barat yang
terbaik dalam zaman pertengahan. Penulis
juga menceritakan banyak mengenai terjemahan yang dilakukan oleh saintis
kemudiannya mengenai buku Zahrawi ini. Bahagian
terakhir artikel ini pula menceritakan mengenai pencapaian yang dicapai oleh Zahrawi menghasilkan alat-alat operasi pembedahan, cara-cara pembedahan dan
banyak lagi. Al Zahrāwī ternyata memberi
sumbangan yang besar
kepada pembangunan
masyarakat, walaupun sumbangannya
itu lebih jelas kelihatan menerusi karyanya kitab al-Tasrif.